Konvensyen Malaysia Negara Rahmah

Selasa, 31 Disember 2024 Dari 9:00 AM hingga 6:00 PM
  • Laman Utama
  • | Acara
  • | Senarai Semua Kempen
Konvensyen Malaysia Negara Rahmah

  • Whatsapp Penganjur
  • Whatsapp Penganjur
  • Emel:
    • [email protected]....
  • Telefon:
    • 01153606025
  • Kongsi:

Tag

Konvensyen Negara Rahmah Malaysia Madani

Lokasi Acara

31 Dec, 2024 Dari 9:00 AM hingga 6:00 PM IDCC SHAH ALAM, Malaysia Lihat Peta

Acara dalam bahasa Melayu

Yuran

RM 60 (early bird Ahli IKRAM), RM 80 (early bird Umum), RM 80 (normal Ahli IKRAM), RM 100 (normal Umum)

Sinopsis

Visi IKRAM, Malaysia Menjadi Negara Rahmah dengan 12 cirinya yang digagaskan pada 2014, dilihat selari dengan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memperkenalkan konsep Malaysia MADANI sebagai acuan untuk membangunkan negara yang maju dengan sifat kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. 

Oleh itu, tercetuslah Konvensyen Malaysia Negara Rahmah 2023 dengan tema ‘Pendekatan Rahmah Memacu Malaysia MADANI’ sebagai wahana diskusi dan mengetengahkan model solusi dengan pendekatan rahmah dalam merealisasikan visi dan hasrat yang murni ini.

Objektif Konvensyen Malaysia Negara Rahmah 2023:
1. Mengupas isu ekonomi, integrasi nasional, kesejahteraan sosial, tadbir urus dan reformasi institusi bersama pakar bidang dan pemegang taruh.
2. 
Mengetengahkan model solusi yang praktikal berdasarkan pendekatan Rahmah berkaitan isu-isu kesenjangan yang kritikal dalam masyarakat untuk membangun Malaysia Madani.

Sertai salah satu daripada 4 Bidang Tumpu Persidangan Selari berikut:

Persidangan Selari 1:
Kesejahteraan Keluarga, Pendidikan dan Sosial

Persidangan Selari 2:
Perpaduan dan Integrasi Nasional

Persidangan Selari 3:
Kemakmuran Ekonomi

Persidangan Selari 4:
Tadbir Urus dan Reformasi Institusi

Butiran

Untuk menyertai Konvensyen ini, anda perlu mendaftar melalui tiket penyertaan mengikut pilihan persidangan selari :

Tiket Penyertaan:

Tiket Early Bird (100 terawal) :
Early Bird Ahli IKRAM - RM 60
Early Bird Umum - RM 80

Tiket Normal:
Normal Ahli IKRAM - RM 80

Normal Umum - RM 100

Peserta akan menerima
* Kit peserta konvensyen
* Minum pagi, makan tengah hari dan minum petang disediakan


Cara Pembayaran:

Pembayaran secara online sahaja

1. Online / FPX ( Billplz)

Terma dan Syarat KMNR 2023:

1. Tiket penyertaan ke KMNR 2023 hanya boleh dibeli melalui platform mimbar.my.
2. Bagi pembelian yang telah lengkap, tiket & resit (berserta kod QR) akan diemelkan ke peserta.
3. Sebarang pembatalan tiket adalah tidak dibenarkan. Penganjur tidak akan memulangkan bayaran tiket sekiranya peserta tidak dapat hadir atas sebarang sebab.
4. Bagi peserta yang tidak dapat hadir, tiket yang telah dibeli boleh diberikan kepada individu lain sebagai pengganti. Peserta bertanggungjawab 100% ke atas tiket yang dibeli. Elakkan berkongsi tiket kepada individu lain selain pengganti jika perlu.
5. Peserta dikehendaki membawa dan menunjukkan tiket (berserta kod QR) yang telah diemelkan semasa mendaftar pada hari konvensyen.
6. Pihak penganjur berhak menghalang peserta daripada memasuki dewan konvensyen jika peserta gagal membawa bukti tiket yang sah.
7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang salinan tiket oleh individu berbeza.
8. Pihak ke tiga tidak dibenarkan sama sekali untuk memasuki dewan konvensyen.
9. Jika berlaku penangguhan tarikh konvensyen, tiket yang telah dibeli untuk Tarikh asal boleh digunakan untuk penyertaan pada tarikh baharu.
10. Jika berlaku pembatalan penganjuran konvensyen, pihak penganjur akan memulangkan 50% daripada bayaran penuh tiket yang telah dibeli.
11. Pihak penganjur berhak, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, untuk menangguh tarikh atau membatalkan penganjuran konvensyen.
12. Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan kepada tetapan konvensyen (aturcara, persidangan selari, speaker, atau lain-lain) tanpa pemakluman awal.
13. Pihak penganjur berhak untuk membuat perubahan kepada mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa pemakluman awal.

Kenali Konvensyen Malaysia Negara Rahmah


Konvensyen Malaysia Negara Rahmah 2023 adalah acara yang diadakan dengan tujuan membincangkan isu-isu kritikal dalam masyarakat Malaysia dan merumuskan solusi praktikal dengan menggunakan pendekatan rahmah. Konvensyen ini berfokus pada visi IKRAM mengenai Negara Rahmah dan konsep Malaysia MADANI

Soalan-soalan Lazim


Saya tidak dapat hadir?
Yuran yang telah dibayar tidak boleh dipulangkan. Menggantikannya dengan orang lain adalah dibenarkan. Sila bawa kod QR yang telah didaftarkan.
Bilakah tarikh akhir pendaftaran?
Pendaftaran dibuka sehingga 31 Julai bagi tiket Early Bird. Bagi pendaftaran biasa, ia dibuka sehingga 31 Ogos 2023 atau sehingga kuota 500 orang peserta dipenuhi. Daftar segera sementara tempat masih ada.

Lokasi Pejabat


Waktu Pejabat

Mon - Fri 10am - 6pm

Alamat Pejabat

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1,Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.

Hubungi Kami

01153606025
[email protected]

Media Sosial Kami

© 2025 Powered by Mimbar

Full details

Butiran Penuh

Memuat Turunkan Tiket-tiket...